Pages

Rabu, 30 Mac 2011

Produk: Susu Penuh Krim Ilham


SUSU PENUH KRIM ILHAM

Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran

Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal. Diperkaya dengan khasiat badam, kurma dan kismis yang membantu pembesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna. Dilengkapkan juga dengan Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani


klik gambar untuk besar


 Proses penyediaan Susu Penuh Krim Ilham memastikan kualiti, efikasi dan keselamatan produk terjamin. Penyediaan produk berasaskan kaedah secara islam adalah perlu bagi memenuhi tuntutan Allah dan Rasul iaitu Halallan Thoyyiba. Proses pengilangan ini bermula daripada pengambilan kakitangan beragama islam sahaja dan mereka juga perlu mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal, mempunyai kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan perlu dibaca semasa proses pengilangan, sentiasa mempunyai wudhuk dan menjaga kebersihan, memulakan dengan membaca Bismillah dan doa-doa khusus, tidak bercampur antara lelaki & perempuan dan senantiasa berada di dalam keadaan berzikir dan selawat. Proses ini dilaksanakan sehingga ke peringkat akhir iaitu proses pembungkusan di mana sumber bagi pakej / pembungkusan juga dipastikan halal sumbernya.

Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.

klik gambar untuk besar

Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”

Hubungi:
Pengedar (Shah Alam)
Ust. Nik Mohd Rosdi
019-9306555 / 0132534256

sumber: Susu Ilham (Untuk maklumat lanjut)

Tiada ulasan: